Friday, December 31, 2010

update?

hanya akan update blog lepas present assigment 2

Tuesday, December 14, 2010

CQ40 Problems & Solution 1#

CAPS LOCK & SCROLL LOCK LED Blinking Continuously

1. Shut down your computer
2. Remove battery & power supply
3. Press the power button for 10 seconds


problem solved. Credit to Jason fron getsatisfaction.com

Saturday, December 11, 2010

ESOK BALIK UIA


dasyat jugak kan kamera henfon sekarang ni..


esok balik UIA...adoi, serius malas. time nak balik je mesti ada feeling takut tertinggal barang apa-apa kat rumah (90% selalu betul)..malas, malas, malas!!


isnin kelas dah start ke x lagi ek?

Tuesday, December 7, 2010

nak restart balik boleh?

DCI memang terkenal dengan video-video yang boleh buat aku nak patah balik zaman sekolah dulu. Tapi bukannya sebab nak masuk kelas, nak amik PMR/SPM, nak pakai baju putih & etc...

ok ni bukan band aku..jangan salah faham

Sebab utamanya aku rindu dengan band aku. Aku rasa 5 tahun tu macam x cukup untuk aku hayati. banyak sangat benda aku x sempat rasa & buat. Mostly sebab ahli-ahli band tu macam my 2nd family. Walaupun aku selalu cakap lepak dengan budak-budak KAED best tapi feel die still x sama macam lepak dengan budak-budak band dulu.



Masa zaman sekolah dulu, kami lepak-lepak bukan peduli pun dengan senior ke junior ke, semua kami masuk. Maybe sebab tu jugak budak band adalah puak paling berpengaruh kat sekolah tu. Ada masalah dengan mana-mana cikgu, nama budak band jugak naik, ada masalah dengan mana-mana senior, nama budak band jugak naik. Selalu la dengar orang sebut "Haaa, budak band la tu!". Aku rasa aku xpernah lagi kot dengar orang cakap "budak pengakap/krs/pbsm/etc.. la tu". Kadang-kadang sebab benda ni jugak la yang buat macam kami terjarak sikit dengan budak-budak lain tapi aku x kisah sebab rapat dengan budak-budak pun dah cukup untuk happy.



Nak taw sebab apa nama budak band selalu kena dengan cikgu? Muka-muka kami la yang selalu x masuk kelas, x pergi prep, etc.. Tapi bukan saja-saja ponteng ok (kecuali aku, mengaku dengan jujur ikhlas. haha. masuk pun sama jugak, tido jugak dalam kelas). Budak-budak band, kalau x masuk kelas, pergi practise la tu. Kebiasaan la tu. Xpercaya pergi tengok semua sekolah yang ada band. Mesti ada jugak hari budak-budak x masuk kelas sebab practise. Practise pun jangan ingat senang ok? Pagi petang siang malam jugak bila nak dekat dengan pertandingan. Practise bukannya boleh buat dalam 2,3 hari saja. Banyak benda nak kena dibetulkan. Ini yang buat aku paling rindu sekali ni. Penat lelah, berpeluh habis badan buat benda yang kita minat sememangnya berbaloi. Benda ni kalau boleh xleh paksa, bila dah xde komitmen tu, dengan segala hormatnya dipersilakan masuk unit lain. Membazirkan masa je kalau xdak komitmen tu.



Serius aku boleh habiskan masa aku dengan hanya tengok orang lain practise. Biasa la, time-time nak dekat PMR/SPM tu bukan boleh sangat pegang instrument. Nanti ada la yang 'tegur'. Setakat ni, aku rasa macam batch aku saja yang semua sanggup korbankan jadi tetamu kehormat masa graduation sebab nak perform. Feel tengok saja dengan main x sama langsung. Tangan ni jadi gatal nak pegang instrument, nak tiup kuat-kuat, nak ketuk puas-puas.



Cikgu Suhaimee pulak aku rasa antara cikgu yang paling sporting & best dalam kalangan cikgu-cikgu yang pernah ajar aku. Walaupun kadang-kadang dia marah-marah kat kami pun, dia still ambik berat pasal kami. Susah jugak nak dapat cikgu yang boleh nak bersembang dengan senang. Dia sanggup turun tengah-tengah malam sebab nak tengok kami berlatih. Kadang-kadang sampai tiap-tiap hari.




Haisssyyy...
Aku still x boleh nak wat benda-benda camni kat KAED. Xtawu nak kata, bukan minat aku dah ke? Masa kecik-kecik dulu bukan main semangat lagi nak jadi arkitek. Sekarang tengok la jadi macam mana.


Kita tengok je la apa yang jadi masa sem 2 nanti. X sampai berapa hari dah nak start...

Friday, December 3, 2010

Game addiction

Seriously sekarang makin addicted dengan game. Kerja main game je.

Result keluar isnin ni. Dah la nak lepak dengan member2 lama pun hari tu jugak. Memang x tenang la hati aku hari tu.

Balik ahad depan. Printer dah ada next sem so senang sikit kerja. Tapi masih x puas hati sebab xda printer A3. Bukan apa, kerja banyak guna saiz tu untuk printing. Nak beli mahal nak mampus. Seribu kot.

Sem 2, mintak-mintak la x merana....


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, November 30, 2010

Upgrade & Update

Semalam baru je beli Autocad. Semangat gila beli!! Cuti pun ada seminggu lebih lagi. Beli pun bukan apa, xnak jadi macam sem lepas. Time nak guna kelam kabut cari Husna nak pinjam laptop sebab dia sorang ja klasmate ada Autocad. Haisy. Berguna jugak benda ni, alang-alang next sem nak amik kelas autocad so senang cerita. Xyah nak pikir nak wat kerja pakai apa nanti. Kelas Autocad tu optional je nak amik ke x, tapi kalau x ambik khamis xde kelas so jadi macam blank skit, Graphic dah xde, habis tu xkan nak bagi kosong camtu je? Amik je la. Kurang2 short sem nanti xyah pikir dah.



iOS 4.2.1: Upgrade yang membuatkan aku pikir banyak kali nak download ke x. Download pun bukan ada faedah sangat pun. Aku bukan guna sangat pun app "Air" tu semua. Bila try download, sakit hati jugak. Download setengah jalan pastu tiba-tiba stop. Adoiiii!! Benda tu dah la 600+ MB. Jailbreak? Memang x akan selagi warranty aku x expired. Aku pun xtaw berapa lama warranty ni. Teringin jugak nak jailbreak tapi risau jugak kalau jadi apa-apa.

Checklist Movie masa cuti:
Harry Potter [x]
Narnia  [ ]
Rapunzel (perlu ke ek?)  [ ]

Cuti lagi seminggu lebih. Rasa-rasa dah boleh start countdown dah kot: 12 hari untuk Sem 2

End..

Wednesday, November 24, 2010

Friday, October 29, 2010

Army band, Police band, Drum Corps

baru-baru ni aku dapat tawu ada show dari Pancaragam Polis Diraja Malaysia kat depan CAC. tapi ntah, xterasa langsung aku nak pegi tengok. aku ni bukan memilih sangat pasal benda-benda muzik ni tapi macam xminat sangat la dengan band2 unit pertahanan ni.

bukan ape, juz bosan dengan repertoire dorg. macam senior skolah aku penah kate dulu, lagu dorg ni mesti nama nak gempak2 & nampak patriotik, Semangat Perwira la, Pahlawan Biru la (aku xtawu wujud ke x lagu2 ni, men teka je). ok maybe dorg nak orang tertarik kot bila dengar tajuk lagu2 ni & aku setuju. kadang2 aku pun macam teringin jugak nak tawu macam mane bunyi lagu2 ni. tapi main point is, setiap lagu bunyi lebih kurang je.

aku tawu selalunya band2 ni kene la guna military style marching. xde la sangat paradidle pe sume 2 dalam skor dorg. lagi pun bila dorg guna style ni, senang nak ikut beat untuk march. aku pernah march gak dulu so aku tawu la camne rasanya bila ada muzik sambil kawat tu. tapi tengok military band kat tempat len, dorg pun guna jugak military style, tapi what makes them special is they add their own trademark.

cuba try Google xpun search kt youtube Tatoo negara2 lain. menarik pe tengok. dorg masih kekalkan uniform dorg, peralatan dorg pe sume. tapi dorg tokok tambah dari segi muzik dorg. aku ni bukan pandai sangat nak terang amende yang dorg tambah tu, tapi memang ada kelainan la bila tengok 2.

tapi aku respek jugak kat player2 military band ni. notation dorg ni bukan main2 punya. kadang-kadang ada part yg semidemiquaver dan yang paling dasyat note2 lagu dorg ni boleh cecah sampai 2nd to 3rd octave. kalau men sambil static aku xpandang sangat tapi ni men sambil kawat formasi kot. aku dulu nak men doremi sambil kawat pun susah nak handle.

ok dah.cukup2 la 2. ni aku link 2,3 video sikit. enjoy


END.




restart please

aku dah lama betol xblogging. reason? aku memang pemalas. full stop

so sekarang dah hujung sem 1 kat gombak ni. suma orang tengah dok busy study nak final exam. aku jugak xreti-reti nak baca slide powerpoint tu. memang men hentam la jawabnya nanti. kita tengok je la pointer exam bape nanti.

macam kat cfs dulu, memang nasib aku dapat clasmate dengan member gila2. tapi sape kesah, dorang happening. ya memang kadang-kadang kitorg suke cari publisiti tapi ade ke studio len kamceng gile cam ktorang? duduk dengan dorg ni memang wat aku teringat kat studio 14 & 5 fikrah dulu. memang la aku ni xde la rapat kaw2 dengan dorg tapi aku suke lepak dengan dorg.

malam tadi aku mintak ikut budak2 ni tgok wayang. memang satu keajaiban jugak sebab aku selalunya susah nak mintak join aktiviti dorg ni. even budak2 pompuan yg pegi jugak pun terkejut aku join. adoi, aku memang x sosial sangat ke sebelum ni??

dah la 2. kang nanti xde isi plak nak tulis. so kepada budak2 yang baru tawu aku ada blog 2, memang dulu aku ada tapi terpaksa close down that blog coz terlalu banyak benda yang xperlu korang tawu.

END.