Wednesday, June 22, 2011

New Addiction

Wanted List 2.0

-MG Strike Noir
-HG 00 Raiser Trans-Arm
-MG/NG Exia Trans-Arm
-HG Exia Avalanche Dash
-MG 00 Seven Sword/Raiser
-HG Sinanju
-RG Strike Aile


T_____T camni sampai bila pun xde duit nak upgrade lens

Monday, June 20, 2011

Quote


Death should be treated with dignity,
We're supposed to respect one another's life,
But once we grown out of childhood that we know better but we still cause meaningless bloodshed,
We've done it to the Earth as well,
We've devoured her resources and sought out new frontier to exploit in space.

Humanity grew out of control and must endeavor to regain its dignity,
We must revive the hope that was born years ago,
Through the potential that lies within,
We will demonstrate the true power and compassion of humanity,
To transcend what is immediate,
And realize our great potential,
The greatness within us that is possibility.


Quoted from Gundam Unicorn OVA

Thursday, June 16, 2011

Blockade Response

Sekarang kan tengah dok heboh pasal SKMM sekat penggunaan file-share, aku pun macam terasa jugak la dengan tindakan ni. Ok, maybe SKMM ni ada sebab tersendiri, tapi bagi aku la, benda ni xpatut langsung dilaksanakan.

1. Cetak rompak di internet
Alasan yang logik tapi bagi aku agak merepek. Memang la betol sekarang ni ramai yang download movie, lagu, etc dari internet. Tapi cuba pikir balik sebab apa orang download. Jawapan yg paling senang ialah harga barang original xpadan dengan harga. Harga mahal yg amat, tapi kandungan pun tahap yg amat kurang memuaskan. Dulu kalau xsilap kerajaan pernah soal selidik harga yg sesuai untuk dijual berdasarkan survey ke atas pengguna, aku nak tanya, apa jadi dengan survey tu? Aku tengok cd2 ori yg dok jual kat kedai tu bukan main high class harga. Kalau special edition ke apa aku boleh terima tapi ni lagu pun xbanyak mana, tapi harga bagai nak rak. Bukannya aku xsokong barang2 ori ni, aku pun sekali-sekala beli jugak. Tapi aku beli sebab aku rasa puas hati dengan barang tu. Lagi satu, macam yg orang lain cakap kat blog masing-masing, nak dengar satu lagu je, tapi xkan nak kena beli satu album terus kot. Setakat ni aku rasa Maxis je la (Digi katanya ada jugak tapi aku xtaw sebab xguna Digi) yg jual lagu-lagu ikut kehendak pengguna walaupun sampai sekarang aku xtaw nak login masuk application tu camna. Harga tu pun xpayah la nak mahal-mahal sangat sampai 5-6 ringgit, murah-murah cukup la, konfim ramai pengguna nanti. Dua-dua belah pihak untung, cetak rompak kurang, pengguna pun dapat barang berkualiti.


2. Apa guna fungsi button report kat website-website yg kena sekat tu?
Yg ni aku betol-betol xpaham. Boleh je pergi report kat admin-admin website tu mintak remove. Senang je cerita. Sapa2 pun xmarah. Ni x, terus blok tanpa sebarang rundingan. Tambah-tambah lagi cakap website ni menjejaskan keuntungan wayang. Terjejas sangat ke keuntungan hasil jualan tiket tu? aku tengok penuh jugak panggung wayang walaupun cerita-cerita boleh download je. Yg cakap x untung tu sebab produk memang xmenarik, xpayah la nak tuduh website2 ni punca rugi, wayang melayu bukan main susah nak jumpa kat online. kalau ada pun cerita-cerita yg memang top habis. Tu pun peratus nak jumpa pun sikit. Xpernah ke pergi survey kenapa x ramai orang tengok cerita-cerita yg kononnya "bez" tu? Xsurvey pun rasanya dah tahu sebab apa. Kat youtube aku tengok banyak je cerita orang upload tapi xde pulak kan nak pergi report kat admin? Youtube website yg strict kalau ada orang report pasal hakcipta, memang dia akan remove terus video tu.

3. Bila dah sekat file-sharing ni, macam mana orang yg nak share kerja2 masing dengan orang lain?
Macam mana nak share file kerja-kerja yg saiz berat2? Emel? Setahu aku emel ada limit besar mana fail yg boleh attach untuk satu emel. Lagi satu, kalau dah sekat, dari satu kerja yg senang terus jadi banyak kerja yg membebankan. Kadang-kadang kat website2 ni jugak la orang ramai nak share info2, contoh2 kajian, maklumat. Kalau dah sekat, hilang la salah satu sumber untuk mendapatkan info-info baru. X ke rugi macam tu?


Itu saja kot yg aku nak cakap pasal sekatan SKMM ni. Aku bukan nak menentang tapi aku sekadar memohon agar mereka kaji balik tindakan ni & jangan risau la, aku memang xkan babitkan isu politik. Aku xsokong mana2 parti, umur pun xcukup lagi nak mengundi, kalau nak sokong pun aku pilih mereka yg betol2 berkhidmat kepada masyarakat xkisah la dari pihak mana pun. Jalankan tanggungjawab dengan betol, itu yg penting.



Ps: Yg kes hackers tu aku xberapa nak setuju sebenarnya. Boleh timbul masalah kalau ada maklumat2 peribadi yg bocor ke tangan orang yg xbertanggungjawab.

Wednesday, June 1, 2011

Himpunan Sejuta Belia 2011

Had a great weekend in Putrajaya. Thanks to Mahasiswa Bersatu for giving me this oppertunity and I got met many new great friends. =D